Di mana perwira kerajaan langit Menghilang??
Haaaa.. Kalau korang semua nak tahu, nih la successor kepada Ayah Pin. Jgn terkejut kalau dia juga boleh pergi ke langit seperti Ayah Pin. Kalau ayah pin bercita cita nak jadi perdana menteri kat akhirat nanti, dia nih pulak bercita cita nak jadi superman kat sana.
Berikut adalah serba sedikit petikan wawancara bersama nya:
Polis dan Pihak Jabatan Agama Negeri Di Malaysia sedang sibuk memburu Ayah pin dan pengikut nya. Persoalan nya macam mana awak boleh berkeliaran di khalayak ramai dalam keadaan yang mencemas kan seperti sekarang ini?
"Sebenar nya ramai yang tidak tahu kewujudan saya sbb saya sebenar nya berada di luar negara bagi menjaya kan rancangan kegemaran ramai, Smallville. Jadi saya jarang berada di sisi Ayah Pin walaupon saya adalah pengikut nya yang paling kanan bagi nya. Namun, itu semua tindak penting kerana jarak bukan lah suata masalah kepada saya. Saya boleh berada di mana saje di dalam dunia ini mahupon di langit pada bila masa saja disebab kan kepantasan saya. Jikalau anda mengikuti rancangan Smallville, semestinya anda tahu apakah kebolehan saya yang sebenar nya."
Ada yang mengatakan jerebu di Malaysia yang teruk beberapa hari lepas ada kaitan nya dengan Ayah Pin. Adakah ini benar atau rekaan semata mata?
"Saya dan Tuan Guru (Ayah Pin) sememang nya tahu lambat laun ajaran kami dan kerajaan Langit kami akan menjadi famous seperti sekarang ini dan kami tahu kami akan berada di dalam keadaan getir seperti sekarang. Oleh itu, kami telah lama merancang suatu rancangan yang kami panggil dengan codename ops jerebu. Rasa nya tak payah la saya beritahu macam mana kami lakukan kerana kalau setakat hutan belantara tuh, saya boleh gunakan mata saya saja utk mulakan kebakaran. Kalau rejoice terkenal dgn ungkapan 'guna jari pon boleh', saya juga tidak kurang hebat nya berbanding rejoice kerana dengan hanya menggunakan mata saya boleh membakar hutan. Dengan kata lain 'dengan mata pon boleh'."
Tetapi, mengikut laporan akhbar dan berita, kebakaran itu adalah berpunca dari kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
"Well, kalau kita nak buat jahat mesti la ada cover up. Ayah Pin mengarah kan saya membakar hutan di Indonesia sbb kami tahu orang Indonesia mmg dari dulu lagi famous dgn hobi mereka yang suka membakar hutan hutan mereka sbb mereka semua sukakan keadaan yang panas macam sial ala ala neraka sikit. Oleh itu, kami sengaja merancang utk membakar hutan belantara di sana sebagai satu tipu helah kepada orang Malaysia."
Apakah faedah nya jerebu bagi pengikut Ayah Pin?
"Saya rasa message itu sudah jelas lagi nyata dan tak perlu di selidik secara mendalam lagi. Sudah tentulah apabila jerebu melanda Malaysia, adalah suatau perkara yang mudah bagi pengikut Ayah Pin utk berkeliaran dan bercanda kerana orang tak akan perasan muka kami dgn jelas disebabkan asap jerebu. Lagipun, dengan ada nya jerebu, boleh la kami jadikan itu sebagai satu alasan bagi kami utk memakai topeng bagi melindungi muka sebenar kami. Itu adalah perkara utama. Lebih menguntung kan jikalau seluruh Malaysia di di ishtiharkan darurat kerana sudah semesti nya pada waktu itu, semua orang akan cuti termasuk lah pihak pihak yang memburu kami seperti polis dan tentera. Oleh itu, boleh la kami beramai ramai pergi mendengar ceramah Ayah Pin."
Dimanakah Ayah pin sekarang?
"Owh, sekarang Tuan Guru sedang sibuk menghabis kan drama terbaru beliau iaitu Ultraman Pin. Dia sekarang berada di Jepun utk tujuan itu tetapi saya tidak berani menjamin kamu boleh menemui beliau di sana kerana dengan kebolehan yang dimilikinya, dia boleh menghilang kan diri ke mana saja pada bila bila masa sahaja."
*Toot* *Toot*
"Alamak, Tuan guru SMS saya la. Terpaksa lah saya pergi dulu ya. Sebelum saya pergi, saya nasihat kan anda semua berjaga jaga. Jangan publish cerita cerita karut pasal Ayah Pin sbb kalau Ayah Pin tahu, habis la. Maklum la. Tuan Guru boleh membunuh dalam jarak jauh. Saya pergi dulu ya :) "
Lalu dengan misterius nya, pengikut Ayah Pin itu terbang dan hilang dalam sekelip mata sahaja. Dasat dasat.