ABC Campor married
“Lazimnya, ayat Quran yang digunakan oleh para imam di dalam melarang
perkahwinan campur antara penganut agama yang berbeza diambil dari Quran 5:5
yang bererti: 'Pada hari ini dihalalkan bagimu segala yang baik-baik...Dan (dihalalkan
bagimu menikahi perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara
perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga
kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu...' Para imam
tradisional berpendapat oleh kerana hanya perkataan ‘perempuan’ disebut, dan tidak
pula sebaliknya di dalam ayat ini, maka golongan imam ini menyimpulkan bahawa
perkahwinan antara perempuan Islam dan lelaki bukan Islam adalah satu amalan yang
dilarang dalam agama.
Namun demikian, kesimpulan ini problematis. Berdasarkan adat resam pada waktu
itu, Quran ditujukan kepada kaum lelaki. Inilah sebabnya,Quran menyebut, sebagai
contoh, "Dan ceraikanlah isteri-isterimu..." atau "Pada malam-malam kamu berpuasa
[Ramadan] dibenarkan kamu bersatu dengan isteri-isterimu..." Apa yang saya
maksudkan dengan adat resam pada waktu itu adalah begini: Di dalam konteks
kesukuan (tribal), apabila seseorang perempuan itu sudah berkahwin, si isteri akan
menerima si suami sebagai tuannya. Si suami pula menerima agama pemimpin atau
ketua sukunya.
Berdasarkan realiti tersebut, terdapat banyak isu yang timbul di kalangan para sarjana
Islam –isu-isu yang membuatkan mereka menentang perkahwinan antara perempuan
Islam dan lelaki bukan Islam. Salah satu isu yang berbangkit ialah, walaupun orang
Islam menghormati nabi-nabi bukan Islam, pengikut-pengikut dua lagi agama samawi
tidak menghormati Muhammad, dan dikhuatiri si perempuan Islam akan menghadapi
satu keadaan di mana nabinya tidak akan dihormati. Seperkara lagi ialah kebanyakan
orang Kristian menganggap Isa (Jesus/ Yesus) itu Tuhan, dan bagi seorang Islam
perbuatan mempertuhankan seorang manusia biasa adalah sesuatu yang tidak dapat
diterima akal. Selain itu, terdapat kekhuatiran terhadap pegangan agama zuriat hasil
perkahwinan seumpama ini kerana dikhuatiri mereka akan dibesarkan mengikut
pegangan agama si suami.
Tetapi harus diingat bahawa kesemua 'isu' ini adalah berdasarkan anggapan yang si
perempuan akan memeluk agama suami bukan Islamnya, tetapi nyata sekali ini bukan
halnya dengan situasi saudari. Saudari berada dalam zaman dan di tempat yang amat
berbeza.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan orang Islam akan bertegang urat
mempertahankan Quran itu sesuai untuk setiap zaman dan tempat. Maka berdasarkan
logik tersebut, kita harus akui yang Quran masih simpati kepada impian atau hasrat
anda untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian. Walaupun dia seorang Kristian,
Quran tidak ada sebarang masalah dengannya. Walaupun disebut bahawa orang-orang Kristian (Nasrani/Masihi) menjadikan Isa itu Tuhan, dokumen utama Islam hanya menyebut perbuatan ini sebagai 'kufr' (ketidakpercayaan/ tidak ada kesyukuran) dan bukannya 'shirk' (syirik/ menyekutukan Tuhan). Ini adalah perbezaan yang amat ketara kerana, di dalam satu ayat lagi, Quran juga menyebut bahawa orang-orang Kristian yang melakukan amalan baik pun berhak dan berpeluang memasuki syurga. Syahadat kepercayaan Kristian adalah sama bagi kedua-dua lelaki dan perempuan Kristian, jadi bagaimana pula Quran membenarkan perkahwinan kepada perempuan Kristian dan, pada masa yang sama melarang perkahwinan kepada lelaki Kristian?
Bukti-bukti yang disampaikan di sini menunjukkan masalah utama dalam hal ini
berpunca daripada – seperti yang saya tekan di atas tadi–- amalan mengutamakan
agama si suami [seperti juga yang dikisahkan dalam Kitab Ruth di dalam Alkitab
Ibrani (Hebrew Bible)] yang pernah berlaku pada zaman dahulu kala. Pada hari ini,
Islam yang berlandaskan ajaran Quran yang sebenar (tidak sama seperti Islam yang
dikuasai ahli fekah lelaki) haruslah mengiktiraf persamaan di antara lelaki dan
perempuan, dan ini termasuklah pengakuan bahawa kaum perempuan pun
mempunyai hak-hak di sisi undang-undang termasuklah hak-hak menentukan syaratsyarat di dalam sesuatu perkahwinan (yang lazimnya dikenali sebagai 'pre-nuptial agreement').
Jadi, perkahwinan di antara pasangan Islam dan pasangan bukan Islam
boleh dilakukan dengan meletakkan syarat di dalam 'pre-nuptial agreement' ini agar
menjamin tidak akan berlakunya paksaan untuk memeluki agama pasangan masingmasing. Selagi syarat ini dihormati, anda berdua mendapat restu saya.
Berkenaan dengan soal zuriat pula, sudah tentu akan berlakunya sedikit sebanyak
kekeliruan agama. Tetapi sebagai seorang sarjana Islam, saya ingin memberitahu
saudari yang Quran menyeru umatnya untuk menggunakan hati dan akal masingmasing di dalam membentuk pendapat. Sekiranya kedua-dua ibubapa berpegung teguh dengan interpretasi dan tafsiran masing-masing mengenai kehendak Pencipta, maka anak-anak mereka akan membuat keputusan-keputusan yang berlandaskan maklumat-maklumat yang mereka terima apabila sudah dewasa kelak.- by Imam Khaleel Mohammed