Keaslian Lagu CInta 3 Segi



Sejak akhir2 ni, Malaysia digemparkan dengan lagu 'Perminataan Terakhir ataupun nama lainnya 'Cinta Tiga Segi'. Mungkin ada yang belum tau tentang apakah lagu ini. So, jom baca cerita sebenar.

Kisah:

Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.

Atas pemikiran pendek, lelaki tersebut telah menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan lelaki kekasih lama wanita tersebut.

Lelaki tersebut menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan keatasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman, lelaki tersebut telah memohon untuk memanggil kawan- kawannya untuk merekodkan nyanyian tulus dari hatinya.


Hmmm..... apa kata kita baca dulu petikan akhbar ni :


Metro Ahad menghubungi Ayie menerusi e-mel dan berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.
Menurut Ayie, dia sedar tidak semua orang percaya dia mencipta lagu itu kerana ramai mendapat tahu lagu itu menerusi rakan dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, katanya, tiap yang benar akan tetap selalu jadi yang benar.

“Lagu itu saya cipta pada 1998 dengan judul ‘Perangkap Cinta’ ketika di bangku sekolah. Saya masih ‘hijau’ lagi dalam mengarang lagu kerana teringin sangat menjadi penyanyi.

“Kerana ditinggalkan kekasih yang saya tunggu bertahun-tahun, saya menggunakan kisah hidup saya untuk mendapat ilham mencipta lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, dia memberi lagu itu kepada rakannya untuk didengar dan ia menjadi detik permulaan lagunya tersebar.

“Seorang rakan menyuruh saya merakam lagu itu supaya dia boleh menyimpannya di dalam komputernya. Dia memberi rakan perempuannya mendengarnya dan saya percaya dari situ, mulalah merebak cerita mengenai lagu saya melalui perkongsian fail di komputer.

“Seorang rakan saya lagi pula dihukum penjara kerana kes gaduh dan dadah. Dia pula menyanyikan lagu saya di penjara dan memberitahu saya, waktu di penjara, sesiapa yang mendengar memang suka lagu itu,” katanya.

Menurut Ayie, lagunya mula tersebar di Singapura pada 2001 dan semua orang di Singapura tahu itu lagunya.

“Lagu itu dah “hot” berapa tahun lalu di Singapura dan ia menjadi kontroversi di Malaysia tahun lalu, malah sehingga hari ini. Saya tak mampu lagi mengulangi kisah lagu saya pada setiap orang yang ingin tahu mengenai lagu itu.

“Tiada gunanya saya menipu. Saya tak ‘makan’ duit daripada lagu itu dan saya tak inginkan nama untuk lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, cerita mengenai banduan yang dikatakan mencipta lagu itu adalah tidak benar.

“Jika benar banduan itu menciptanya, sila beritahu keluarganya supaya menghubungi saya secepat mungkin.

“Lagu itu juga bukan daripada kumpulan Strategi seperti didakwa pihak tertentu. Rakaman versi rock lagu itu adalah daripada kawan baik saya yang merakam lagu itu menggunakan komputer di rumah,” katanya.


So, kita dapat buat kesimpulan tentang isu ini:


Kononnya, lagu ini dirakam oleh banduan yang telah membunuh tunangnya.
Lagu ni ada dua tajuk iaitu Permintaan Terakhir dan Cinta Tiga Segi.
Terdapat video rakaman Hazwan (banduan) membunuh tunangnya di Internet.
Ramai x setuju video itu video pembunuhan tunang Hazwan kerana walaupun background musicnya lagu Permintaan terakhir, tetapi video itu berasal dari Iraq.
Tuan punya lagu Ayie kata lagu ni ciptaannya dan isu banduan tu hanyalah rekaan.
Ayie ditemuramah wartawan Metro Ahad dan semua orang telah membaca wawancaranya.
Masih ada pihak yang ragu -ragu.
So, persoalannya sekarang :


' ADAKAH LAGU INI NYANYIAN HAZWAN ATAUPUN CIPTAAN AYIE ???