Kematian lagenda Bruce Lee
Seperti yang kita semua tahu, Bruce Lee merupakan seorang pengamal Kung fu yang begitu hebat. Namanya dihormati oleh pengamal2 Kung fu & seni bela diri di seluruh dunia. Sudah tentu, apabila beliau meninggal, maka akan ramai yang tertanya2 ..
Bruce Lee yang hebat Kung fu pun meninggal masa muda ker ?
[ BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN ]
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
[ BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN ]
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
[ BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN ]
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital.
Bukti Spekulasi Kematian Bruce Lee:
[ # SPEKULASI 1 ]
Ni introduction ...
Do you guys know that Bruce Lee was beaten by a Silat Guru from Malaysia? In 1973, Dato Meor Abdul Rahman used deadly hand technique known as “Kipas Senandung” to send Bruce Lee flying.
The blow was devastated. Bruce died days after he lost his bout. The incidence was not revealed because Bruce Lee was a high profiled martial artist. Bruce Lee must be too arrogant that he underestimated the power of Silat.
He should study on Silat first before blindly making a challenge to a Guru who had years of Silat experience. One thing we must remember, when you claim that you are the best martial artist, there are many who are are better than you.
Menurut info ni, Bruce Lee pernah dikenakan satu jurus Silat yang bernama KIPAS SENANDUNG oleh seorang Tok Guru Silat Malaysia yang bernama DATO' MEOR ABDUL RAHMAN .
Ni pun lagi satu artikel. Walaupun panjang, tapi korang kena baca. Mesti korang terperanjat.
Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan,Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun.
Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang.Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you, janji boleh menang.
Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. Bruce Lee memang hebat. Beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong Malaysia, Dato Meor Abd. Rahman(Gambar Bawah)
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau diteman ioleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar dilapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya,beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik didunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai kepengetahuan Bruce Lee.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972,serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetapberdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' MeorAbdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Leetersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Leedan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menujumasuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapuke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan BruceLee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. DanielInosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada matapelajaran Jeet Kune Do nya.)
Menurut artikel ni pulak, Bruce Lee meninggal beberapa hari selepas terkena ' Kipas Senandung ' Dato' Meor Abdul Rahman.
[ # SPEKULASI 2 ]
Kononnya, Bruce Lee kena jurus silat dari orang lain ...
si bruce lee ni mmg jenis cakap besaq ..
ske cabar org..sebab bajet jet kue do dia hebat.
mmg tak dinafikan mmg hebat..sebab dah ramai try lwn suma ditumbangkan..
but lwn dgn tok guru silat ni(Pak Wan Teh)..dia kne satu jurus yang bukan calang2 pahlawan ada jurus tu..
sebab nye..bruce ni kutuk org melayu!..
kan dah kene sebijik..
Bruce Lee mati sebab berlawan dengan Zulkarnain Silat Pencakar harimau kalau xsilap aku..
Tapi, disebalik cerita nih, ada cerita lain yang membuatkan bruce lee mati mengejut bila berlawan dengan zulkarnain nih..
Bruce Lee pernah mencabar Pak Ndak Majid Md Isa bertarung kerana hobi bruce lee memang macam tu pn, nak tunjuk dialah paling teror..
Tapi, pak ndak majid menolak pelawaan bertarung tuh..
tup2, bruce lee menyerang Pak Ndak, Pak Ndak pn dok elak2..
Last2 Pak Ndak bagi buah terakhir, tmpaQ dada bruce lee..
Trus rebah n muntah darah bruce lee tu sebab dikatakan jantung n peparu dia hampir hancur..
Pak Ndak xbunuh bruce lee, dia cuma bagi bruce lee ingat jangan memperlekehkan seni silat melayu..
Tapi bruce lee nih xserik2, lepas sembuh je sakit dia, dia teruskan lagi niat sucinya itu dengan mencabar lak zulkarnain..
Pe lagi?? Dah memang luka dalam, kena lak dengan buah zulkarnain tuh, KO la bruce lee..
[ # SPEKULASI 3 ]
Bruce Lee ni kononnya guna dadah ...
So, kesimpulannya Bruce Lee dikatakan meninggal sebab :
SUDDEN DEATH (KES DIA MAKAN UBAT TU..)
'KIPAS SENANDUNG' DATO' MEOR ABDUL RAHMAN
KENA JURUS SILAT DARI ZULKARNAIN
GUNA DADAH